ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK LANGSUNG TIADA KUASA
Sesungguhnya di dalam
sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada
kejayaan.
Apakah sunnah itu?
Iaitu cara nabi
s.a.w.Bila kita ikut cara nabi s.a.w,Allah
s.w.t akan beri kita kejayaan dunia
akhirat.
Cara lain selain cara nabi
s.a.w,tiada kejayaan.
Cara lain selain cara
nabi s.a.w ,akan menempuh kegagalan.Oleh
itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya
bahawa hanya cara nabi s.a.w yang bawa
kejayaan,selain cara nabi s.a.w,langsung
tiada kejayaan.
Cara Nasrani tiada kejayaan,
cara Yahudi tiada kejayaan,
cara Komunis tiada kejayaan,
cara Sekular tiada kejayaan.
Cara Timur tiada kejayaan.
Cara Barat tiada kejayaan.
Cara Hindu tiada kejayaan,
cara Buddha tiada kejayaan.
Hanya dengan cara
nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat
kejayaan di sisi Allah s.w.t,Maha Besar dan
Maha Berkuasa.
Apakah kejayaan?Kejayaan ialah apabila
kita berjaya menyediakan diri kita untuk
MENGUCAPKAN KALIMAH
LAILAHAILALLAH DI AKHIR KALAM yakni
kita mati dengan membawa iman kepada
Allah s.w.t.
Iman tidak akan didapati dari cara selain
cara nabi s.a.w.Iman hanya boleh didapati
dengan CARA NABI S.A.W.
Cara Nasrani tidak bawa iman,cara Yahudi
tidak bawa iman,cara Komunis tidak bawa
iman,cara Sekular tidak bawa iman.Cara
Barat tidak bawa iman.Cara Timur tidak
bawa iman.Cara Hindu tidak bawa
iman,cara Buddha tidak bawa iman.
Hanya
dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan
dapat iman,dengan iman inilah KITA AKAN
DAPAT KEJAYAAN.
Hari ini umat Islam sudah banyak
tinggalkan sunnah nabi s.a.w.Sebaliknya
ramai umat lain selain umat Islam
mengamalkan sunnah nabi.
Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI
DUNIA.Umat lain pula mendapat KEJAYAANHIDUP DI DUNIA.Contohnya kebersihan.
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-
Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda: Kebersihan itu
sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-
Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-
Hamdulillah kedua-duanya memenuhi
ruangan antara langit dan bumi.
Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu
adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-
Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah
ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu
pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang
memerdekakan dirinya dan ada pula yang
mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)
Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari
bapanya,dari Rasulullah
s.a.w:"Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci
yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha
Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha
Mulia yang menyukai kemuliaan,Dia Maha
Indah yang menyukai keindahan,kerana itu
bersihkanlah tempat-tempatmu”(HR. Tirmizi)
Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w
bersabda: “ sepuluh perkara dari
(peraturan-peraturan kebersihan) yang
dituntut oleh agama, iaitu: menggunting
misai, membiarkan janggut(tumbuh
panjang serta mengemaskannya), bersugi
(membersihkan gigi), menyedut air-
membersihkan hidung, memotong kuku,
membasuh buku-buku jari, mencabut bulu
ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan
beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang
rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara
yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak
lain dari berkumur-kumur..”
![]() |

.jpg)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar